BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Salam Perjuangan

Photobucket

"Siapa bilang masuk surga itu mudah?



Syurga meminta tebusan yang sangat mahal.



Kesedaran yang Tinggi Amal yang Besar.



Keberanian yang tak kenal gentar.



Dan lebih dari segalanya, surga meminta ketakutan




dan cinta kita pada Tuhan Semesta Alam."







UKHUWAH SUFI




Khas buat para tetamu ziarah sekalian.

Ribuan terima kasih kami ucapkan

atas kesudian kalian menziarahi blog ini.

Sekiranya sahabat sekalian ingin berkongsi pendapat,

ilmu atau apa sahaja, silalah tinggalkan alamat blog

atau email sahabat di sini. Atau seandainya

sahabat ingin memberi sebarang komen untuk

penambah baikan, juga amat saya alu-alukan.

Salam ukhwah sufi buat semua.

3237356611_17939b76b7



“Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,

kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan

ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


41



Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah…

Hari ini bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat..

Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini…

Kutetap mengharapkan kita bersahabat…

Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai ke sana..


Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita


dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah


mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan,


yang memberi suntikan semangat perjuangan..

alirkan halawatul ukhwah,

kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..

HAK CIPTA TERPELIHARA 2010









Ingatlah,ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Sesungguhnya Aku akan menciptakan di muka bumi seorang khalifah.Para malaikat serentak berkata,Apakah Engkau hendak menciptakan di muka bumi (makhluk) yang akan melakukan kerusakan dan akan menumpahkan darah di dalamnya, padahal kami senantiasa bertasbih dengan menyanjungMu dan mensucikanMu? Seraya Allah menjawab,Sungguh Aku lebih mengetahui apa-apa yang tidak kalian ketahui. (QS. Al-Baqarah ayat 30).

TIKA DINIHARI :)

Sahabat Ku, Ucapkanlah Perkataan Ini..



Asalamualaikum dan salam ukhuwah sufi buat semua.. sedang asyik di belengu masalah dan terperok kat dlm bilik ni rase bosan la pulak mangadap computer, tibe2 datang satu ilham nak create sebuat blog dgn bantuan rakan..jadi kami sepakat nak kongsi blog ni.. jadi ini maybe pemulaan buat semua.. di harap blog ni sikit sebanyak memberi manfaat kepada kite semua..





Isnin, 19 April 2010

Doktor Kehormat kepada Bapa Ketua Polis Negara IGP Tan Sri Musa Bin Tan Sri Dato' Hassan


Tan Sri Dato’ Haji Hassan Haji Azhari yang dilahirkan di sebuah kampung yang dikenali dengan Syuib ‘Amir di Makkah Al Mukarramah pada 18 Ogos 1928 dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana (Pengajaran Al-Quran) pada majlis Konvokesyen Kolej Universiti Insaniah Ke-11, di sini. 

 
Ayahandanya, Haji Azhari Abdul Khaliq merupakan tokoh agama yang terkenal di Selongor yang pernah berkhidmat sebagai kadi di Selangor semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Alaudin Shah manakala bondanya, Fatimah Abdul Hakim merupakan seorang wanita kacukan  Al-Shanani, Mesir dan Padang, Indonesia.

Pada usia lapan tahun, beliau telah mula mempelajari Al-Quran serta ilmu-ilmu agama di Makkah Al Mukarramah dari gurunya Sheikh Al-Maqari Dato’ Ismail Tamim Al-Hafiz dan seterusnya beliau menyambung pengajian secara formal di Madrasah Darul Ulum Makkah Al Mukarramah. Hasil perkahwinan Tan Sri Dato’ Haji Hassan dengan tiga orang isteri, beliau dikurniakan dengan 21 orang cahaya mata.

Dalam bidang Al Quran, mempelajari Al-Quran secara berguru dan bertalaqi serta musyafahah merupakan salah satu rukun dan oleh itu, Tan Sri Dato’ Haji Hassan telah berguru dengan beberapa Syeikh yang tersohor seperti Al-Marhum Sheikh Al Maqari Syed Mahmud Al-Bhukari, Al-Marhum Sheikh Muhammad Abdul Samad, Al-Marhum Sheikh Mahmud lutfi ‘Amir, Al-Muqri Syed Mahmud Amin Tantawi di Mesir dan Al-Muqri Tabib Nu’aina di Mesir.

Dalam usia beliau mengembangkan ilmu Al-Quran, pelbagai kaedah telah digunakan supaya masyarakat mudah menerima ilmu yang disampaikan di mana beliau telah berjaya menghasilkan sebuah risalah bertajuk ‘Mukaddimah Ilmu Tajwid’ yang diterbitkan oleh Persatuan Qurra Malaysia pada tahun 2001.

Program asas mempelajari Al-Quran yang beliau perkenalkan menggunakan Kaedah Qiraati akhirnya diterima oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah satu modul yang cukup berkesan untuk semua peringkat umur.

Pengalaman dan jasa beliau dalam bidang Al-Quran dan seni amat besar dan antara rakaman-rakaman yang telah dihasilkan ialah merakamkan sebanyak 842 siri pengajaran Al-Quran di televisyen RTM pada tahun 1960 hingga 1998, merakamkan CD Berzanji dan Taranum Al-Quran serta merakamkan kaset pengajaran Al-Quran terbitan Singapura.

Keilmuan Tan Sri Dato’ Haji Hassan dalam bidang Al-Quran tiada siapa dapat menandinginya terutama dalam bidang tajwid di mana beliau telah dilantik sebagai Hakim Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sebanyak 50 kali mulai tahun 1959 hingga 2009.
Beliau pernah dilantik menjadi hakim Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Makkah pada tahun 1979 hingga 1993 dan beliau juga pernah dijemput menjadi hakim di Mesir, UAE (Dubai), Iran, Brunei, Thailand, Singapura dan Indonesia.

Beliau juga telah membentangkan kertas kerja dan kursus-kursus di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti pemahaman tajwid Al-Quran dalam masyarakat globalisasi – Universiti Putra Malaysia (2001), penghayatan tajwid Al-Quran dan amalannya dalam masyarakat hari ini – matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2003), Aspek dan teknik penghakiman Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dalam bidang tajwid anjuran JAKIM (2003), Kursus Tahsin Al-Quran Peringkat Negeri Selangor (2000) dan Kursus Penghayatan Al-Quran Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Melaka – Anjuran Jabatan Agama Islam Melaka.

Sumbangan Tan Sri Dato’ Haji Hassan Haji Azhari amat besar kepada agama, bangsa dan negara terutamanya dalam meningkatkan pengajian Al-Quran dan oleh itu, beliau telah dianugerahkan Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang Dipertuan Agong, Tokoh Guru Agama Negeri Selangor, Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutuan dan Tokoh Maal hijrah Negeri Selangor. Selain itu, beliau juga telah diiktiraf oleh Kolej Darul Ehsan Selangor pada tahun 1999. 


1 ulasan:

Boku no Blog berkata...

Salam ziarah dan sukses selalu

Related Posts with Thumbnails