BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Salam Perjuangan

Photobucket

"Siapa bilang masuk surga itu mudah?



Syurga meminta tebusan yang sangat mahal.



Kesedaran yang Tinggi Amal yang Besar.



Keberanian yang tak kenal gentar.



Dan lebih dari segalanya, surga meminta ketakutan




dan cinta kita pada Tuhan Semesta Alam."







UKHUWAH SUFI




Khas buat para tetamu ziarah sekalian.

Ribuan terima kasih kami ucapkan

atas kesudian kalian menziarahi blog ini.

Sekiranya sahabat sekalian ingin berkongsi pendapat,

ilmu atau apa sahaja, silalah tinggalkan alamat blog

atau email sahabat di sini. Atau seandainya

sahabat ingin memberi sebarang komen untuk

penambah baikan, juga amat saya alu-alukan.

Salam ukhwah sufi buat semua.

3237356611_17939b76b7



“Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,

kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan

ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


41



Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah…

Hari ini bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat..

Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini…

Kutetap mengharapkan kita bersahabat…

Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai ke sana..


Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita


dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah


mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan,


yang memberi suntikan semangat perjuangan..

alirkan halawatul ukhwah,

kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..

HAK CIPTA TERPELIHARA 2010









Ingatlah,ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Sesungguhnya Aku akan menciptakan di muka bumi seorang khalifah.Para malaikat serentak berkata,Apakah Engkau hendak menciptakan di muka bumi (makhluk) yang akan melakukan kerusakan dan akan menumpahkan darah di dalamnya, padahal kami senantiasa bertasbih dengan menyanjungMu dan mensucikanMu? Seraya Allah menjawab,Sungguh Aku lebih mengetahui apa-apa yang tidak kalian ketahui. (QS. Al-Baqarah ayat 30).

TIKA DINIHARI :)

Sahabat Ku, Ucapkanlah Perkataan Ini..



Asalamualaikum dan salam ukhuwah sufi buat semua.. sedang asyik di belengu masalah dan terperok kat dlm bilik ni rase bosan la pulak mangadap computer, tibe2 datang satu ilham nak create sebuat blog dgn bantuan rakan..jadi kami sepakat nak kongsi blog ni.. jadi ini maybe pemulaan buat semua.. di harap blog ni sikit sebanyak memberi manfaat kepada kite semua..





Isnin, 3 Mei 2010

Berhenti Merokok...

Nikmat Yang Membawa Celaka
Setiap sedutan pasti membawa padah.Menghisap dan ketagihan hanyalah nikmat yang memberi masaalah kepada anda .Berpandukan kepada fakta, ketagihan dadah dan rokok akan memberikan kesan buruk terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Malah ia akan memusnahkan nilai murni sifat kemanusian.

Rokok mengandungi tar, nicotine dan bahan kimia lain yang mendedahkan kita kepada penyakit paru-paru seperti barah dan tibi.Malah dengan kekerapan merokok, ia akan menjadi pendek umur. Setiap sedutan asap rokok akan memberi kesan yang buruk kepada otak,dan akan mengakibatkan pendarahan. Inilah menjadi punca ramai dikalangan perokok perokok amat terdedah kepada risiko yang amat merbahaya dan pendek umur.





Kesan Terhadap Keluarga Dan Persekitaran
Anda sayang anak anda ? Isteri anda? Keluarga anda? Sudah pasti anda tidak mahu menjerumuskan mereka kepada bahaya hasil daripada kegiatan merokok anda . Kerana setiap saat anda menghisap rokok, dengan tidak sengaja orang-orang di sekitar anda menabung zat-zat karsinogenik yang menunggu waktu untuk berkembang menjadi penyakit. Ini bermakna , mereka juga terdedah kepada kemudaratan. Terutama anak-anak kecil yang sensitive kepada asap rokok .

Asap rokok merendahkan fungsi dan keaktifan peparu kerana peparu mereka masih dalam peringkat tumbesar. Asap rokok yang dihidu mengandungi sebanyak 4000 bahan kimia, 200 daripadanya adalah beracun dan 43 lagi boleh menyebabkan kanser. Kesannya , anak-anak cenderung untuk mengalami pneumonia, penyakit peparu dan juga penyakit lelah (asthma ).
Cegah Sebelum Parah
Jadi mengapa anda perlu merokok ? Sedangkan anda sendiri akan mengakibatkan musibah kepada orang lain. Anda sudah bersedia untuk berbelanja beratus-ratus ribu untuk menyelamatkan satu nyawa hasil tabiat buruk merokok anda ? Pilihlah jalan yang lebih selamat demi masa depan dan kebahagian anda sekeluarga .

Anda masih belum terlambat untuk bertindak memberhentikan ketagihan anda dengan cara yang lebih mudah dan tidak memerlukan terapi yang menelan belanja tinggi .

Kami ingin membantu anda dengan memperkenalkan produk Super Detox. Ia boleh membantu anda kearah menyempurnakan niat murni anda untuk berhenti merokok . Ingat! Mencegah itu lebih baik dari mengubati . Oleh itu, dengan menggunakan produk Super Detox, anda akan menemui jalan mudah untuk melupakan asap rokok yang memusnahkan

Dosa Umpat Kekal


Dosa umpat kekal jika tak diampun mangsa
MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Riwayat Muslim).
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakanseperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara sama oleh orang lain.Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah, “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud).
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah bermaksud : “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya” .
Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini.Antaranya ialah:
- Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.
- Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.


- Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.
Perlu diingat bahawa ada umpatan tidak mendatangkan dosa bahkan menjadi harus seperti seorang isteri yang mengadu kepada hakim untuk mendapatkan keadilan. Maka si isteri sudah tentu perlu menyatakan keburukan si suami untuk dipertimbangkan oleh hakim.
Begitu juga dengan umpatan yang dilakukan seseorang terhadap individu yang zalim.
Kisah hidup masyarakat dipaparkan melalui TV, filem dan cerpen dan novel, ia bukanlah umpatan kerana bersifat umum untuk membentuk naratif sebuah cerita.
Orang yang mengumpat bukan saja melambangkan keburukan si pelaku, malah orang yang mendengar juga turut mendapat saham yang sama.Kejadian manusia dari tanah, air, angin dan api. Jika kita bersifat tanah kita akan tenang dalam jiwa yang luhur. Orang yang alim sentiasa sujud hampir dengan tanah apabila bersujud.
Jika kita bersifat air, kita juga harus bersifat tenang dan sabar. Jika kita bersifat angin pasti perasaan cepat marah tetapi segera reda, sekejap peramah dan sekejap lebih suka membisu.
Kita juga mungkin bersifat api, suka marah-marah, bertengkar dan berhujah. Kesukaan mengumpat ini sudah tentu datangnya dari empat unsur kejadian yang tidak cuba diseimbangkan oleh diri kita sendiri.
Jika diikat dengan kuat keempat-empat unsur tersebut, maka kita akan mendapat kekuatan dalaman yang memungkinkan kita berpendirian tegas, berprinsip, berani, jujur dan ikhlas.

30 Larangan Islam – Untuk wanita


1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Ahad, 2 Mei 2010

Tahniah Sheikhul Al Azhar yang Baru : Professor Dr. Ahmed El Tayeb



Name:

Professor Dr. Ahmed El Tayeb

Position:

Rector, Al-Azhar University

TIMA Role:

Individual Member

Address:

Nasr Road
Nasr City
Cairo
Egypt

Tel:

+20 (0)2 261 7175

Fax:

+20 (0)2 261 7174

Email:

eltayyb@mailer.eun.eg



Egypt's president named Ahmed el-Tayeb the new grand sheik of Cairo's Al-Azhar University and Mosque. He takes over from Sheik Mohammed Sayed Tantawi, who died of a heart attack last week after heading Al-Azhar for nearly 14 years. 

El-Tayeb, who was in his hometown of Luxor in southern Egypt when he received news of his appointment, said he "highly appreciates the great trust" President Hosni Mubarak has bestowed on him, the 
Middle East News Agency reported. 

The Sheik of Al-Azhar oversees an extensive network of Islamic schools, a university and religious institutes that open their doors to Muslims from around the world. he sheik also advises the state on religious matters. 

The post has been appointed by presidential decree since 1961 and the institution receives most of its funding from the state, opening up the post to criticism of being too close to the government. 

Tayeb is known for his tough stance against the Muslim Brotherhood, Egypt's largest and most organised opposition group, which remains officially banned despite popular support. 





Educated in Egypt and France, el-Tayeb, 64, previously served as Egypt's Mufti, the nation's top religious law expert, for a brief stint before stepping down in 2003 to act as dean of Cairo's Al-Azhar University. He is an expert on religious philosophy and issues of faith, and has written books about science, Marxism, Islamic philosophy, and Islamic culture. 

He has spent more than 40 years at the institution, receiving a PhD in religion and philosophy from al-Azhar university in 1977 before becoming a faculty member and then dean of the philosophy department. 

Viewed as a moderate Muslim who has encouraged dialogue with Western countries, el-Tayeb has outwardly criticized hard-line Islamists, saying the focus on rituals and outward manifestations of piety - such as Islamic garb or beards - comes at the expense of true spiritual development. 

Sabtu, 1 Mei 2010

BAGAIMANA MENGURUSKAN NIKMAT

Salam hujung minggu Sahabat Sufi sekalian nak kongsi ''bagaimana menguruskan nikmat'' dipetik daripada tulisan Ustaz Mat Esa bin Deraman, beliau sedang mengikuti pengajian peringkat PHD di UIAM sepenuh masa dalam bidang Qawaed Fiqhiyyah. Sama2 kita doakan ustaz ye..amin..


BAGAIMANA MENGURUSKAN NIKMAT

Allah amat mengasihi hambanya dengan memberikan kepadanya pelbagai nikmat samada yang dapat dilihat atau tersembunyi. Kadangkala nikmat datang melalui dugaan dan musibah yang dihadapi. Semuanya itu menandakan kemurahan Allah. FirmanNya dalam surah Lokman ayat 20:

Tidakkah kamu memperhatikan Bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada Kami nikmat-nimatNya Yang zahir dan Yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang Yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah Yang menerangi kebenaran.

Kalau dihitung nikmat Allah kepada kita pasti kelu lidah ini dan lemah akal ini untuk membilangnya. Semuanya adalah satu kurnian yang amat berharga yang dilupakan oleh manusia. Benarlah satu hadis yang bermaksud sesiapa yang kenal Allah,pasti kelu lidahnya daripada berkata-kata.

Tuntutan utama kepada nikmat ini ialah memperhambakan diri kepadaNya dengan penuh khusyuk dan tawadhuk serta merendah diri. Melakukan segala ketaatan dan meninggalkan segala larangan. Imam Zamaksyari ketika dipotong kakinya kerana masalah kesihatan, beliau berkata: “Allah menjadi saksi bahawa aku menggunakan kaki ini untuk ketaatan kepadanya”. Demikian juga seorang ulama’ yang bernama Urwah Bin Zubair yang juga dipotong kakinya kerana kemalangan. Beliau berkata: “Aku telah menggunakanmu pada jalan taat kepada Allah, maka jangan engkau mendakwaku di akhirat kelak”.

Tuntutan yang kedua ialah senantiasa bersyukur dan memohon Allah memberkati segala apa yang dikurniakan agar menjadi warisan kepada zuriat dan keturunan kita. Ibrahim Bin adham pernah berkata bahawa beliau sentiasa sibuk dengan tiga perkara. Bersyukur dengan nikmat Allah, memohon keampunan atas segala dosa dan sibuk dengan persedian menghadapi mati. Dalam satu hadis Nabi s.a.w. bersabda bahawa Allah Taala suka kepada hambanya yang apabila selesai makan atau minum bersyukur kepada Allah. Bahkan Allah menjanjikan akan ditambah nikmatNya sekiranya kita bersyukur.

Tuntutan yang ketiga ialah berkongsi segala nikmat yang ada bersama dengan seluruh makhluk Allah samada manusia yang beriman, atau sebaliknya. Demikian juga dengan binatang dan jin. Inilah perintah agama. Kalau kita membaca sejarah Nabi s.a.w. bagaimana baginda membantu seluruh manusia, jin dan binatang. Contohnya: Baginda memberi amaran kepada sahabat supaya tidak menganiayai binatang. Bahkan Baginda s.a.w. memberi contoh bagaimana seorang pelacur masuk syurga kerana menyelamatkan seekor anjing yang kehausan. Begitu juga ketika Baginda s.a.w. memberi peringatan kepada orang yang beriman supaya jangan menggunakan tulang binatang untuk beristinjak kerana ianya adalah makanan jin Islam.

Tuntutan yang keempat ialah senantiasa menyebut-menyebut nikmat itu kepada seluruh manusia bagi menandakan betapa pemurahnya Allah. Dalam surah Ad-Dhuha Allah berfirman dengan maksud: “Maka hendaklah engkau menyebut segala nikmat Allah”. Dalam tafsir Imam As-Samarqandi menyebut bahawa: “bersyukur atas segala nikmatnya dan menyebut segala nikmat Allah serta menzahirkan pada tubuh badannya”. Namun awas menyebutnya dengan tujuan berbangga atau di hadapan musuh kerana ianya akan membawa mudharat.

Demikian kita diperintahkan berurusan dengan nikmat. Semoga Allah membantu kita. Amin.

10 teman Iblis

1. Hakim yang tidak adil 

2. Orang kaya yang sombong 


3. Pedagang yang kianat 


4. Pemabuk /peminum arak


5. Orang yang memutuskan silaturrahim 





6. Pemilik harta riba 


7. Pemakan harta anak yatim


8. Orang yang melengahkan solat/sering meninggalkan solat 


9. Orang yang eggan memberikan zakat/kedekut 


10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah

Sejarah perjuangan Rasulullah SAW: Qudwah Buat Ummat Islam..Renungkan dan Hayatilah....


Sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW adalah sebuah rentetan sejarah hidup yang panjang yang mengandungi pelbagai pengajaran dan pendoman untuk umat Islam. Sejarah kehidupan atau sirah baginda Rasulullah SAW dihiasi dengan kisah perjuangan yang tidak mengenal erti jemu, sebuah hakikat pengorbanan yang sangat tinggi, pergantungan dan kepasrahan sepenuhnya kepada Allah SWT, dan contoh panduan yang hidup untuk dijadikan ikutan sepanjang zaman.
Inilah ketetapan dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, bahawa segala apa yang dialami oleh Rasulullah SAW adalah contoh panduan kepada umat Islam. Keperibadian dan kehidupan baginda umpama “manual” panduan untuk dilihat dan dijadikan contoh oleh seluruh manusia dan seharusnya kita fahami bahawa baginda Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh dan ikutan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.”
( Al- Ahzab : 21)
Rasulullah SAW telah berjaya membina satu ketamadunan yang hebat dan gemilang. Di dalam buku yang ditulis oleh seorang penulis barat iaitu Michael H. Hart, beliau telah meletakkan Nabi Muhammad SAW di tempat pertama dalam senarai 100 orang paling berpengaruh dalam sejarah manusia, malah ia mengalahkan Isaac Newton dan Jesus Christ sendiri.
Bukunya The 100: A Ranking Of The Most Influential Persons In History, menyatakan bahawa satu faktor yang menyebabkan Nabi Muhammad SAW menjadi insan berpengaruh adalah kerana kualiti yang ada pada diri baginda. Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti integriti dan kualiti kompetensi. Inilah yang menjadikan kehidupan baginda sangat signifikan kepada manusia lain terutamanya kepada para sahabat di bawah didikan Baginda.
Di dalam Islam, kualiti ini kita namakan ia sebagai akhlakul karimah atau budi pekerti yang mulia. Bermula dari kualiti ini akhirnya Rasulullah SAW berjaya membentuk dan membina satu tamadun yang sangat gemilang dan dihormati seantero dunia. Sudah pasti terdapat satu rahsia yang perlu dilihat secara terperinci terhadap proses pembentukan ketamadunan Islam yang diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW kerana di dalam hanya masa yang singkat iaitu 23 tahun, Baginda berjaya mengasaskan dan membentuk satu ketamadunan yang mampu bertahan selama 1400 tahun!
Justeru itu, melihat dan meneliti sejarah perjuangan Rasulullah SAW adalah menjadi keutamaan kita di dalam menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan murrabi di dalam perjuangan menegakan Islam.

Sejarah Sebelum Islam

Sebelum zaman kedatangan Islam, kehidupan masyarakat arab jahiliyah pada ketika itu berada dalam kehidupan yang porak peranda dan hilang aspek nilai kemanusiaannya. Masyarakat arab ketika itu, berada dalam keadaan yang jahil  disebabkan  sistem kemasyarakatan yang rosak dan penindasan sesama manusia itu berlaku secara berleluasa. Kerosakan ini berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dari segi ekonomi, perundangan dan juga sosial kehidupan. Di dalam buku sejarah, para ahli sejarahawan menamakan zaman ini sebagai zaman jahiliyah atau zaman kegelapan.
Pada dasarnya, masyarakat Arab Jahiliyah memiliki sifat-sifat positif seperti berani, setia, ramah, sederhana, cintakan kebebasan dan menghormati tetamu. Mereka juga mempunyai kelebihan-kelebihan lain seperti ingatan yang kuat dan pandai bersyair. Namun kerana sifat jahiliyah yang menyelimuti kehidupan mereka, segala kebaikan itu tenggelam dalam sifat keburukan. Mereka berpaling daripada kebenaran, menyembah berhala yang pelbagai jenis rupa dan bentuk, melanggar hak orang lain dan menindas sesama manusia.
Kejahilan ini terus menyelubungi masyarakat jahiliyah sehingga kedatangan Nabi Muhammad SAW yang akhirnya telah mengubah kehidupan mereka. Cahaya keislaman itu telah menyinari kehidupan mereka yang gelap kepada kehidupan yang terang benderang dan akhirnya mereka dapat hidup dengan aman serta bahagia dipimpinan Rasulullah SAW.

Sejarah Semasa Zaman Rasulullah SAW

Namun, selepas kedatangan Nabi Muhammad SAW dengan membawa risalah kebenaran kepada masyarakat arab, kehidupan mereka berubah sama sekali. Risalah Islam yang benar ini telah mengubah kehidupan yang penuh dengan kegelapan kepada kehidupan yang disinari dengan cahaya keimanan kepada Allah SWT. Proses dakwah baginda Rasulullah SAW di Makkah telah menekankan kepada aspek keimanan kepada Allah SWT sebagai teras dan tunjang pembinaan masyarakat Islam yang tulen dan kukuh.
Dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah seruan dan ajakan untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Rasulullah SAW membina ummah Islam bermula dengan diri baginda seorang diri secara terancang sehinggalah lahirnya satu kelompok muslim yang beriman kepada Allah SWT dengan seluruh jiwa dan raga mereka. Mereka inilah generasi awal yang menerima didikan Rasulullah SAW secara terus-menerus sehinggalah mereka digelar sebagai “ sebaik-baik generasi” di dalam sejarah peradaban manusia.
Firman Allah SWT di dalam surah Ali-Imran : 110 yang bermaksud :“ Kamu ( umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana (kamu) menyuruh berbuat yang maruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah SWT. Sekiranya ahli kitab yang beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.”
Di dalam usaha baginda mengajak kepada Islam, baginda telah melakukan proses pembinaan individu muslim secara terancang dan proses ini mengambil masa yang begitu lama. Proses pembentukan ini menekankan kepada proses penanaman aqidah dan keyakinan kepada Allah SWT secara mendalam. Proses pembinaan generasi unggul ini adalah berteraskan kepada proses pendidikan Islamiyah dan dakwah islamiyah secara tersusun dan terancang.
Rasulullah SAW telah menggunakan beberapa kaedah untuk melaksanakan usaha dakwah ini. Antara perkara yang utama yang dilakukan ialah dengan menghimpunkan hati-hati dan jiwa-jiwa yang bersih serta ikhlas untuk diproses dengan didikan keimanan kepada Allah SWT. Pemilihan individu ini tidak berlaku secara kebetulan, tetapi ia dilakukan secara sedar dan penuh keyakinan kepada Allah SWT.
Proses penanaman aqidah ini berterusan sehinggalah jumlah generasi awal di bawah didikan Rasulullah SAW mulai bertambah dari satu masa ke satu masa. Dakwah peringkat rahsia ini mempunyai penekanan yang memfokuskan kepada proses didikan hati dan pembinaan individu muslim secara kolektif. Pendidikan yang dijalankan oleh baginda Rasulullah SAW adalah proses yang mensasarkan kepada pendidikan hati. Pendidikan hati ini ditekankan dengan nilai-nilai keimanan, ketaqwaan, keikhlasan dan ihsan kepada Allah SWT sehinggalah melahirkan suatu keperibadian yang murni dan berakhlak mulia.
Proses pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW adalah tunjang kepada pendidikan yang mendidik jiwa dan hati untuk patuh dan mengesakan Allah SWT. Pada peringkat ini, sumber rujukan baginda hanyalah Al-Quran semata-mata. Ini bertujuan untuk memastikan para sahabat generasi awal mendapat satu kefahaman yang benar-benar bersih dan tulen berkaitan Islam. Penekanan kepada sumber rujukan yang satu ini boleh digambarkan melalui satu sirah Rasulullah SAW. Pernah satu ketika Saidina Umar Al-Khattab membawa satu kitab yang dikatakan sebagai kitab Taurat untuk dijadikan bahan didikan Islam. Pada ketika itu, merah muka baginda Rasulullah SAW, dan sambil berkata : “ Sekiranya, Nabi Musa ada pada ketika ini, nescaya beliau juga mengikut aku.”

Zaman Ketamadunan Islam

Zaman pemerintahan Islam sesudah wafatnya Rasulullah SAW diteruskan dengan gagasan pemerintan sistem Khalifah Islamiyah iaitu kepimpinan Khulafa’ Ar Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan Kerajaan Bani Uthmaniyah. Zaman ketamadunan ini melalui satu perjalanan pembinaan, perkembangan dan kejatuhan yang sangat panjang.  Sejarah telah menunjukan peradaban ketamadun Islam pernah mencapai zaman kegemilangannya sehingga seluruh dunia mengenali dan mengakui kehebatan Ketamaduanan Islam.
Pengasas kerajaan Bani Umaiyyah ialah Umaiyyah bin Abdul Syams,seorang pemimpin kaum Quraish yang kaya dan berpengaruh.Pada zaman ini, perkembangan penyebaran Ilmu berkembang pesat terutamanya pada Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.Penghasilan teknologi baru seperti Seni Ukir, sistem pengasing benda asing melalui aplikasi tarikan graviti dan juga kinci air.
Kemudian sistem pemerintan Islam diteruskan dengan pemerintahan kerajaan Abbasiyah pada 763 M.  Penubuhan Kota Baghdad  sebagai Pusat pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyah telah menjadi dimensi perubahan kerajaan Islam ketika itu.Pada tahun 786 M merupakan zaman Keemasan Bani Abbasiyah ( Pemerintahan Khalifah Harun Ar Rasyid dan Anaknya Al-Makmum).
Ketika itu ilmu berkembang pesat dan masyarakat Islam sangat dihormati kerana kemajuan yang dikecapi oleh mereka. Pembinaan Baitul Hikmah telah merancakan lagi aktiviti penyebaran ilmu dalam peradaban tamadun Islam. Baitul Hikmah telah menjadi  pusat penyebaran dan pengumpulan Ilmu yang mengandungi setengah juta jilid buku dan 36 buah perpustakaan. Dengan jumlah buku yang banyak ini, pihak pengurusan baitul hikmah yang memerlukan 120-400 ekor unta untuk pindahkan kesemua buku-buku itu ke suatu tempat. Pada era ini, lahirlah tokoh-tokoh ilmuan  Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina, Ibnu Rusdh dan ramai lagi.

Zaman keruntuhan Islam

Setelah melalui sejarah ketamadunan yang panjang, umat Islam mengalami kemunduran dan perpecahan di kalangan mereka. Akhirnya ketamadunan Islam mengalami saat-saat keruntuhan dan kehancuran yang amat memilukan hati dan jiwa umat Islam seluruh dunia. Jika dilihat dan diamati, antara faktor keruntuhan ini adalah berpunca daripada Umat Islam itu sendiri.
 
Bertarikh pada 3 Mac 1924, ia merupakan tarikh kesedihan dan saat yang memilukan ummat Islam seluruh dunia kerana pada tarikh ini runtuh dan berakhirnya sebuah empayar Islam yang selama ini memayungi pemerintahan kerajaan Islam di seluruh dunia. Keruntuhan kerajaan Turki Uthamaniyah memberi tamparan yang hebat kepada umat Islam dan ia telah memberi kesan yang sangat besar kepada sejarah umat Islam dalam sejarah dunia.
Dalam kajian sejarah, punca-punca keruntuhan yang paling ketara ialah masalah perebutan kuasa di kalangan Khalifah Islam pada ketika itu, sikap sambil lewa pemerintah yang lebih sukakan hiburan serta mengejar kemewahan dan sekaligus menunjukan kepimpinan yang sangat lemah. Selain daripada itu, masalah konflik dalaman sesama umat Islam dan konflik luaran daripada musuh Islam itu sendiri, menambahkan lagi masalah kepimpinan Islam pada zaman tersebut untuk terus mengekalkan kegemilangan Islam.


Suasana Ummat Islam Kini

Ketamadunan Islam telah melalui satu rentetan sejarah yang panjang bermula pada zaman Rasulullah SAW sehinggalah kepada zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah yang berakhir dengan kejatuhan sistem khalifah islamiyah. Sejarah ketamadunan islam yang panjang ini, memberi kesan yang sangat mendalam kepada pembinaan, pembentukan dan keberadaan ketamadunan Islam sehingga kini.
Kini, kita dapat lihat keadaan ummat Islam yang semakin hari semakin lemah dan tiada perpaduan di kalangan mereka sendiri. Kelemahan inilah yang banyak memberi kesan kepada kemajuan dan kemunduran umat Islam pada hari ini. Sekiranya, tiada usaha-usaha yang bersepadu ke arah pemulihan dan kebangkitan semula ketamadunan Islam ini, nescaya umat Islam akan terus berada dalam krisis perpecahan dan kehancuran.
Negara Islam secara umumnya dan umat Islam secara khususnya, sangat lemah dari segi pelbagai bidang dan aspek. Jika kita nyatakan satu per satu bidang yang ada, tiada satu pun Negara Islam yang mampu menandingi Negara-negara barat yang ada di dunia ini. Hampir semua aspek umat Islam lemah. Antaranya, aspek ekonomi, pendidikan, keilmuan, pembangunan Negara, dan sebagainya. Satu contohnya mudah, dari segi ekonomi dan pembangunan, tidak ada satu pun Negara Islam yang tersenarai dalam negara yang maju dan hanya beberapa buah Negara Islam sahaja yang terletak dalam senarai Negara yang membangun.

Penyelesaian Ke Arah Kebangkitan Islam

Justeru itu, usaha ke arah pemulihan ini harus dimulakan dan diteruskan sehinggalah umat Islam kembali kepada acuan yang sebenar seperti yang digariskan oleh Allah SWT. Sekiranya kita kembali kepada sejarah yang dinyatakan di atas, kita akan dapati formula untuk membina dan membentuk sesuatu generasi dan tamadun itu telah pun ditunjukan serta dilaksanakan oleh baginda Rasulullah SAW.
Seharusnya, jalan, kaedah, cara dan juga panduan yang ditunjukan oleh Rasulullah SAW dijadikan kaedah utama dalam membentuk generasi yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Perkara inilah yang seharusnya menjadi perkara utama yang kita tekankan dan fokuskan sekiranya kita ingin membina semula generasi Islam yang dapat mengembalikan kegemilangan Islam.
Fokus penekanan Rasulullah SAW adalah membangunkan sumber manusia itu sendiri. Inilah modal utama pembangunan dan pembinaan ketamadunan Islam. Peringkat awal perkembangan Islam, tapak asas kepada tamadunan Islam yang dibina oleh Rasulullah SAW adalah penanaman ‘aqidah yang jitu dan kukuh di dalam jiwa dan hati para sahabat dan pengikut Rasulullah SAW. Kekuatan aqidah inilah yang menjadi tonggok utama kepada penyebaran dan perjuangan Rasulullah SAW di dalam mengerakan jentera dakwah selepas era dakwah rahsia kepada dakwah terbuka.
Seharusnya, pembinaan sumber manusia bermula dengan aspek aqidah dan kepercayaan ini. Ia boleh diserapkan melalui proses pendidikan kerohanian dan ini wajar dicontohi dan dilaksanakan oleh Ummat Islam di dalam kehidupan seharian mereka.
Seharusnya inilah penghayatan yang perlu dilakukan oleh Ummat Islam dalam mencontohi perjuangan Rasulullah SAW. Sunnah yang paling besar yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah SAW adalah perjuangan dan penyebaran ajaran Islam itu sendiri. Lantas, segala kehidupan yang ditunjukan oleh baginda mestilah difahami, dihayati dan dilaksanakan dalam kehidupan seharian secara penuh sedar dan faham. Inilah kejayaan utama yang harus dilihat secara serius dan seterusnya dilakukan sebagai agenda utama dalam kehidupan kita.

Related Posts with Thumbnails