BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Salam Perjuangan

Photobucket

"Siapa bilang masuk surga itu mudah?



Syurga meminta tebusan yang sangat mahal.



Kesedaran yang Tinggi Amal yang Besar.



Keberanian yang tak kenal gentar.



Dan lebih dari segalanya, surga meminta ketakutan




dan cinta kita pada Tuhan Semesta Alam."







UKHUWAH SUFI




Khas buat para tetamu ziarah sekalian.

Ribuan terima kasih kami ucapkan

atas kesudian kalian menziarahi blog ini.

Sekiranya sahabat sekalian ingin berkongsi pendapat,

ilmu atau apa sahaja, silalah tinggalkan alamat blog

atau email sahabat di sini. Atau seandainya

sahabat ingin memberi sebarang komen untuk

penambah baikan, juga amat saya alu-alukan.

Salam ukhwah sufi buat semua.

3237356611_17939b76b7



“Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,

kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan

ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


41



Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah…

Hari ini bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat..

Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini…

Kutetap mengharapkan kita bersahabat…

Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai ke sana..


Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita


dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah


mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan,


yang memberi suntikan semangat perjuangan..

alirkan halawatul ukhwah,

kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..

HAK CIPTA TERPELIHARA 2010









Ingatlah,ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Sesungguhnya Aku akan menciptakan di muka bumi seorang khalifah.Para malaikat serentak berkata,Apakah Engkau hendak menciptakan di muka bumi (makhluk) yang akan melakukan kerusakan dan akan menumpahkan darah di dalamnya, padahal kami senantiasa bertasbih dengan menyanjungMu dan mensucikanMu? Seraya Allah menjawab,Sungguh Aku lebih mengetahui apa-apa yang tidak kalian ketahui. (QS. Al-Baqarah ayat 30).

TIKA DINIHARI :)

Sahabat Ku, Ucapkanlah Perkataan Ini..



Asalamualaikum dan salam ukhuwah sufi buat semua.. sedang asyik di belengu masalah dan terperok kat dlm bilik ni rase bosan la pulak mangadap computer, tibe2 datang satu ilham nak create sebuat blog dgn bantuan rakan..jadi kami sepakat nak kongsi blog ni.. jadi ini maybe pemulaan buat semua.. di harap blog ni sikit sebanyak memberi manfaat kepada kite semua..





Jumaat, 30 April 2010

Selamat Bercuti...


Assalamualaikum dan salam ukhuwah sufi..
1hb Mei setiap tahun merupakan hari pekerja atau dalam bahasa mudahnya, hari bercuti untuk mereka yang bekerja. Sambutan hari pekerja adalah bagi memperingati kejayaan Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh yang telah berjaya mendapat hak supaya waktu bekerja dihadkan selama 8 jam. Peristiwa yang berlaku pada 1 Mei 1884 seterusnya menjadi inspirasi kepada dunia sekaligus menjadikan tarikh 1 Mei sebagai cuti umum. Selain dari mendapat cuti terdapat juga perarakan sebagai menyambut hari pekerja yang diadakan..

Tema Hari Pekerja bagi tahun 2010 ialah ”Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi”yang mencerminkan betapa pentingnya peranan warga kerja membudayakan kreativiti dan inovasi dalam usaha merealisasikan transformasi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Kepada yang bekerja, tahniah dapat ‘Overtime ‘ tak dapat overtime jangan sedih kerana anda masih mempunyai kerja.. Yang bekerja sendiri, teruskan usaha anda mencari duit ..SUri rumahtangga / ayah rumahtangga, selamat menjalankan kerja yang mulia… Si Zool nampaknya seperti biasa tetap kerja walaupun pada hari pekerja..
Yang takde keje , er.. pandai-pandailah cari kerja ye…. ‘ SELAMAT HARI PEKERJA ‘

Selasa, 27 April 2010

Doa harian dan Pengertian doa...

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Jom baca artikel ni, Ukhuwah Sufi ak kongsi dengan kamu semua..


Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:


Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.


Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir
daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab jugaadakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:


a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:

Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:
...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:
...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:
Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:
Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:
Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)





Hukum meninggalkan solat..

Salah sahabat Ukhuwah Sufi sekalian, kali ini eloklah kita bincang serba sedikit tentang hukum meninggalkan solat.
Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.
Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).
Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.
Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:
Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).
Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.
Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:
  1. Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
    Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.
  2. Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
    Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
  3. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
    Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.
Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat.
Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.

Musuk Matrik..Ok ke?..cam tak layak je aq ni..


Salam Ukhuwah Sufi buat rakan2 sekalian nak kongsi skit tentang bedealah ni...Perhatian kepada semua pelajar Tingkatan Lima Tahun 2009, permohonan kemasukan ke matrikulasi KPM sesi 2010 dah dibuka. Sejak berita ini diketahui, kedengaran suara-suara yang membincangkan mengenai matrikulasi.

''Den tak layak msok, matrik tok bdk2 pandai je..
''Wei, jg masok, tkowt kene tedang" malu den..
""Wei, mung nok masuk dop matrik? Mak aku kabo dak yoh sebab susoh"
"Aku dok tahu gok. Isi je la borang. Kalu dok dapat masuk U, aku masuk la matrik."
"Aku nok matrik n9. Dekat je nge umah mak cik. Se g, budok2 TTJ ramai gok kat sana"
"Anok manje sungguh. Ce gok g matrik hok jauh2 nu. Buleh berdikari."
Ayat-ayat di atas merupakan antara ayat-ayat yang sering dituturkan oleh rakan2ku. Bagiku setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan masing2. Ada yang positif, ada yang negatif. Tidak kunafikan, Matrikulasi Johor merupakan antara pilihan pelajar2 di sekolahku dan boleh dikatakan kebanyakan daripada pelajar2 sekolahku tak nak pun pegi matrik ni sebab bekas sekolah saya, SM Teknik Pontian..huhuhu

Sehubungan dengan itu, saya dengan muka tak malunya mengharapkan agar pembaca2 sekalian dapat memberikan sedikit pendapat mengenai matrikulasi ini. Lagi banyak pendapat lagi baik.Hehe...Sebabnya ramai yang cakap kalau masuk matrikulasi banyak cabaran yang menanti di sana. Alangkah baiknya jika anda dapat memberikan maklum balas terhadap entri ini.
p/s : Pilihan pertama setakat ni matrik n9. Kedua, Teknikal Johor. Ketiga, Teknikal pendang. Keputusan akan berubah dari semasa ke semasa. Sebabnya dapat matrik n9
p/s lagi : Senior2 cakap matrik N9 antara matrik yang terbaik. Betul ke?..
Prasarana Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, 


Asrama Jauhari
Asrama Bestari
Asrama Cendekia
Tutoran
Dewan Kuliah
Makmal Sains
Dewan Serbaguna
Cafetaria
Astaka
Balai Pengawal
Kenderaan Kolej
Dataran Ilmu
Dataran Perdana
Bola Keranjang
Bola Tampar
Gimnasium
Squash
Takraw
Tennis
Susur Gajah
Refleksologi
Tapak Pasar Ramadhan
Gazebo
Gazebo
Kaunter HEP
Pusat Sehenti
Kedai Fotokopi
Siber Kafe
Kedai Serbaneka
Kedai Serbaneka
Klinik Kesihatan
Surau
Kediaman Pengarah
Kediaman Ketua Jabatan
Kediaman Pensyarah
Bilik Gerakan JPP


Related Posts with Thumbnails