BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Salam Perjuangan

Photobucket

"Siapa bilang masuk surga itu mudah?



Syurga meminta tebusan yang sangat mahal.



Kesedaran yang Tinggi Amal yang Besar.



Keberanian yang tak kenal gentar.



Dan lebih dari segalanya, surga meminta ketakutan




dan cinta kita pada Tuhan Semesta Alam."







UKHUWAH SUFI




Khas buat para tetamu ziarah sekalian.

Ribuan terima kasih kami ucapkan

atas kesudian kalian menziarahi blog ini.

Sekiranya sahabat sekalian ingin berkongsi pendapat,

ilmu atau apa sahaja, silalah tinggalkan alamat blog

atau email sahabat di sini. Atau seandainya

sahabat ingin memberi sebarang komen untuk

penambah baikan, juga amat saya alu-alukan.

Salam ukhwah sufi buat semua.

3237356611_17939b76b7



“Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,

kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan

ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


41



Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah…

Hari ini bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat..

Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini…

Kutetap mengharapkan kita bersahabat…

Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai ke sana..


Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita


dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah


mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan,


yang memberi suntikan semangat perjuangan..

alirkan halawatul ukhwah,

kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..

HAK CIPTA TERPELIHARA 2010









Ingatlah,ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Sesungguhnya Aku akan menciptakan di muka bumi seorang khalifah.Para malaikat serentak berkata,Apakah Engkau hendak menciptakan di muka bumi (makhluk) yang akan melakukan kerusakan dan akan menumpahkan darah di dalamnya, padahal kami senantiasa bertasbih dengan menyanjungMu dan mensucikanMu? Seraya Allah menjawab,Sungguh Aku lebih mengetahui apa-apa yang tidak kalian ketahui. (QS. Al-Baqarah ayat 30).

TIKA DINIHARI :)

Sahabat Ku, Ucapkanlah Perkataan Ini..



Asalamualaikum dan salam ukhuwah sufi buat semua.. sedang asyik di belengu masalah dan terperok kat dlm bilik ni rase bosan la pulak mangadap computer, tibe2 datang satu ilham nak create sebuat blog dgn bantuan rakan..jadi kami sepakat nak kongsi blog ni.. jadi ini maybe pemulaan buat semua.. di harap blog ni sikit sebanyak memberi manfaat kepada kite semua..





Sabtu, 8 Mei 2010

Doa itu Ibadat

Doa tidak termakbul disimpan untuk akhirat

BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah. Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa. Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui. Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah. Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan  dunia yang sementara.

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara  mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia  kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu. Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepadaNya dan jangan berputus asa untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripadaNya.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan 
taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails