BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Salam Perjuangan

Photobucket

"Siapa bilang masuk surga itu mudah?



Syurga meminta tebusan yang sangat mahal.



Kesedaran yang Tinggi Amal yang Besar.



Keberanian yang tak kenal gentar.



Dan lebih dari segalanya, surga meminta ketakutan




dan cinta kita pada Tuhan Semesta Alam."







UKHUWAH SUFI




Khas buat para tetamu ziarah sekalian.

Ribuan terima kasih kami ucapkan

atas kesudian kalian menziarahi blog ini.

Sekiranya sahabat sekalian ingin berkongsi pendapat,

ilmu atau apa sahaja, silalah tinggalkan alamat blog

atau email sahabat di sini. Atau seandainya

sahabat ingin memberi sebarang komen untuk

penambah baikan, juga amat saya alu-alukan.

Salam ukhwah sufi buat semua.

3237356611_17939b76b7



“Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,

kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan

ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


41



Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah…

Hari ini bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat..

Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini…

Kutetap mengharapkan kita bersahabat…

Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai ke sana..


Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita


dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah


mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan,


yang memberi suntikan semangat perjuangan..

alirkan halawatul ukhwah,

kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..

HAK CIPTA TERPELIHARA 2010









Ingatlah,ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Sesungguhnya Aku akan menciptakan di muka bumi seorang khalifah.Para malaikat serentak berkata,Apakah Engkau hendak menciptakan di muka bumi (makhluk) yang akan melakukan kerusakan dan akan menumpahkan darah di dalamnya, padahal kami senantiasa bertasbih dengan menyanjungMu dan mensucikanMu? Seraya Allah menjawab,Sungguh Aku lebih mengetahui apa-apa yang tidak kalian ketahui. (QS. Al-Baqarah ayat 30).

TIKA DINIHARI :)

Sahabat Ku, Ucapkanlah Perkataan Ini..



Asalamualaikum dan salam ukhuwah sufi buat semua.. sedang asyik di belengu masalah dan terperok kat dlm bilik ni rase bosan la pulak mangadap computer, tibe2 datang satu ilham nak create sebuat blog dgn bantuan rakan..jadi kami sepakat nak kongsi blog ni.. jadi ini maybe pemulaan buat semua.. di harap blog ni sikit sebanyak memberi manfaat kepada kite semua..





Sabtu, 24 April 2010

H1NI Terkini!!!


Sehingga jam 8:00 pagi pada 24 April 2010, Kementerian telah menerima sejumlah tujuh (7) laporan kejadian kluster ILI daripada empat (4) buah negeri seperti di ‘Lampiran 1’.
Sementara itu, sehingga jam 5:30 petang 23 April 2010, sejumlah 40 kes disahkan Influenza A(H1N1) dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes adalah 13,397. Jumlah kes ILI yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 556 kes. Daripada jumlah tersebut, 78 kes (14.0%) telah disahkan positif influenza A(H1N1). Bilangan yang dirawat di ICU adalah 12 kes di mana 10 daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko.


Kementerian Kesihatan juga telah menerima tiga (3) laporan kematian H1N1 pada hari ini. Walau bagaimanapun, hanya satu (1) kes kematian sahaja yang disebabkan oleh jangkitan influenza A(H1N1), manakala dua (2) kes lagi sebab kematiannya adalah bukan disebabkan oleh jangkitan H1N1 secara langsung. Ini menjadikan jumlah terkumpul kematian H1N1 sehingga hari ini adalah 80 orang.
Tiga kematian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
  1. Seorang lelaki berumur 55 tahun yang tiada faktor risiko bagi jangkitan H1N1. Dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 18 April 2010 setelah mengalami masalah pernafasan. Kes telah meninggal dunia pada 21 April 2010 akibat akibat jangkitan influenza A(H1N1) dan penyebab kematian ialah “Severe Bronchopneumonia secondary to H1N1”;

  2. Seorang lelaki berumur 59 tahun dengan sejarah penyakit kardiovaskular dan diabetes telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 April 2010 kerana masalah pernafasan. Kes telah meninggal dunia pada 19 April 2010 dengan sebab kematian “Acute Coronary Syndrome”. Hasil laporan pakar-pakar telah mengesahkan bahawa kematian adalah bukan disebabkan oleh H1N1;

  3. Seorang lelaki berumur 53 tahun dengan sejarah diabetes dan gangrene kaki kanan. Telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 9 April 2010 kerana disyaki jangkitan kuman yang serius akibat gangrene kaki kanan. Kes telah meninggal dunia pada 16 April 2010 dengan sebab kematian “Septicaemic shock secondary to diabetic foot gangrene”.  Hasil laporan pakar-pakar juga telah mengesahkan bahawa kematian ini adalah tidak disebabkan oleh H1N1.
Kementerian Kesihatan ingin terus mengingatkan masyarakat bahawa penularan jangkitan influenza A(H1N1) terus aktif di dalam komuniti. Masyarakat perlu sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah dihebahkan sebelum ini. Orang awam yang mempunyai faktor risiko seperti ibu hamil, menghidapi penyakit kronik seperti asma, diabetes, buah pinggang, jantung dan lain-lain harus segera mendapatkan pelalian vaksin A(H1N1) di 104 fasiliti Kementerian seluruh negara. Maklumat lanjut berkenaan influenza A(H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails