Sabtu, 24 April 2010
Wasiat Imam Hassan Al-Banna
Wahai Aba Dzar, kamu pergi mengajarkan ayat dari Kitabullah lebih baik bagimu daripada shalat (sunnah) seratus rakaat, dan pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan baik dilaksanakan atau tidak, itu lebih baik daripada shalat seribu raka'at. (HR. Ibnu Majah)
1. Apabila saudara mendengar azan, bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun, kerana perkara-perkara yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa perkara jua sekalipun kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, selalunya tenang dan tenteram.
6. Janganlah bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam sebarang perkara.
7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh para pendengar, kerana yang demikian itu adalah suatu rasmi yang sia-sia, malah menyakiti hati orang lain.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi-peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan dengan apa-apa yang boleh memberikan kebajikan.
9. Berkenal-kenal lah dengan setiap saudara muslimin yang saudara temui sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan, kerana asas pergerakan seruan kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajiban-kewajiban kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu bantulah saudaramu seperti saudara melakukan tugas sendiri, maka ringankanlah perlaksanaannya.
Renungkanlah dan selamat beramal...-ukhuwah sufi 2010-
Dicatat oleh bukaminda di 7:54 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan