BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Salam Perjuangan

Photobucket

"Siapa bilang masuk surga itu mudah?



Syurga meminta tebusan yang sangat mahal.



Kesedaran yang Tinggi Amal yang Besar.



Keberanian yang tak kenal gentar.



Dan lebih dari segalanya, surga meminta ketakutan




dan cinta kita pada Tuhan Semesta Alam."







UKHUWAH SUFI




Khas buat para tetamu ziarah sekalian.

Ribuan terima kasih kami ucapkan

atas kesudian kalian menziarahi blog ini.

Sekiranya sahabat sekalian ingin berkongsi pendapat,

ilmu atau apa sahaja, silalah tinggalkan alamat blog

atau email sahabat di sini. Atau seandainya

sahabat ingin memberi sebarang komen untuk

penambah baikan, juga amat saya alu-alukan.

Salam ukhwah sufi buat semua.

3237356611_17939b76b7



“Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,

kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan

ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


41



Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah…

Hari ini bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat..

Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini…

Kutetap mengharapkan kita bersahabat…

Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai ke sana..


Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita


dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah


mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan,


yang memberi suntikan semangat perjuangan..

alirkan halawatul ukhwah,

kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..

HAK CIPTA TERPELIHARA 2010









Ingatlah,ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Sesungguhnya Aku akan menciptakan di muka bumi seorang khalifah.Para malaikat serentak berkata,Apakah Engkau hendak menciptakan di muka bumi (makhluk) yang akan melakukan kerusakan dan akan menumpahkan darah di dalamnya, padahal kami senantiasa bertasbih dengan menyanjungMu dan mensucikanMu? Seraya Allah menjawab,Sungguh Aku lebih mengetahui apa-apa yang tidak kalian ketahui. (QS. Al-Baqarah ayat 30).

TIKA DINIHARI :)

Sahabat Ku, Ucapkanlah Perkataan Ini..



Asalamualaikum dan salam ukhuwah sufi buat semua.. sedang asyik di belengu masalah dan terperok kat dlm bilik ni rase bosan la pulak mangadap computer, tibe2 datang satu ilham nak create sebuat blog dgn bantuan rakan..jadi kami sepakat nak kongsi blog ni.. jadi ini maybe pemulaan buat semua.. di harap blog ni sikit sebanyak memberi manfaat kepada kite semua..





Isnin, 26 April 2010

Jom Lepak2 Sekejap

Header 10


1.         PENDAHULUAN
            -----------------------
 Pembangunan Taman Awam Hutan Bandar Berkonsepkan “Taman Rekreasi Keluarga” dalam suasana alam semulajadi yang nyaman, selesa dan harmoni. Konsep Perancangan dan rekabentuk berteraskan struktur topografi, sumber air, flora dan fauna yang diadun dengan ruang-ruang aktiviti serta kemudahan secara bersepadu.
 
Istimewanya kawasan rekreasi ini kerana mengekalkan rekabentuk asal dengan penebangan pokok dilakukan pada tahap yang paling minima. Hasilnya adalah sebuah kawasan persekitaran yang menghijau dengan nilai estatika serta pemandangan yang indah dan nyaman.
 
 
2.         LOKASI
            -----------
Hutan Bandar meliputi kawsan seluas 50 ekar yang terletak dipertemuan Jalan Tasek Utara dan Jalan Yahya Awal Johor Bahru iaitu kira-kira 1.5km dari pusat Bandaraya
 
 
3.         KOMPONEN KEMUDAHAN
            --------------------------------------
 Kemudahan-kemudahan yang disediakan merangkumi Bangunan Pejabat Pengurusan (Laman Tembusu), Medan Selera, Tasik, Tapak Perkhemahan, Laman Permainan Kanak-Kanak, Amfiteater, Taman Orkid, Taman Buluh dan kemudahan landskap yang lain.
 
Pada keseluruhannya, pembangunan Hutan Bandar dibahagikan kepada enam elemen utama berasaskan rekabentuk serta aktiviti yang disediakan :-
           
 3.1          Laman Tembusu
Laman Tembusu menempatkan bangunan pejabat Bahagian Taman dan landskap, Majlis Bandaraya Johor Bahru, yang bertanggungjawab untuk menguruskan kawasan rekreasi Hutan Bandar dan perjalanan pentadbiran pejabat keseluruhannya. Segala pertanyaan dan tempahan untuk penggunaan Hutan Bandar serta kemudahan-kemudahannya boleh dibuat disini.
 
Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan berikut juga disediakan di Laman Tembusu :-
 i)              Surau lelaki dan perempuan
ii)             Tandas lelaki dan perempuan
iii)            Ruang laluan / pameraan bermusim
iv)            Courtyard berlandskap
Kemudahan Laman Tembusu disediakan untuk semua peringkat umur dari peringkat pra sekolah hinggalah dewasa seperti pertandingan melukis dan Sambutan Hari Keluarga.
 
Bayaran sewa Laman Tembusu ialah RM100.00 sehari.
Bagi menarik lebih ramai penggunjung aktiviti seperti persembahan kesenian dan orkestra pada setiap minggu boleh diadakan.
 
 3.2          Medan Selera
 Medan Selera atau dikenali sebagai Gerai Atap Berlian mempunyai 16 unit gerai yang menyediakan aneka makanan dan minuman untuk para pengunjung. Sambil menjamu selera para pengunjung dapat menikmati keindahan medan selera yang dihiasi dengan rimbunan pokok-pokok yang menghijau serta menyegarkan suasana.
 
 
Kemudahan-kemudahan yang disediakan di Gerai Medan Selera ialah:-
 i)              320 buah tempat duduk
ii)             Dua (2) ruang tempat duduk makan bersila
iii)            Tandas lelaki dan perempuan
iv)           Ruang-ruang landskap (laluan berbumbung) dan tidak berbumbung, pergola dan             jambatan.
v)            Ruang / pondok menunggu bas.
 
Bagi menarik lebih ramai lagi penggunjung ke gerai Atap Berlian ini dicadangkan penjualan makanan yang berbagai seperti makanan segera yang ternama seperti MC Donald, Kentucky dan sebagainya dicadang beroperasi disini.
 
3.3          Kamudahan Letak Kereta
 
Ruang letak kenderaan disediakan dengan secukupnya untuk kemudahan-kemudahan para pengunjung dan peniaga gerai sepertimana butiran berikut :-
i)          Kemudahan letak kereta                      67 buah
 
ii)         Kemudahan letak motosikal               40 buah
iii)        Kemudahan letak bas                           4 buah
iv)         Kemudahan services                            2 buah
                                                                               -----------
                      Jumlah                                         113 buah
                                                                              ------------
                                   
Walaubagaimanapun keperluan buat ketika ini tidak mencukupi menampung keperluan pengunjung. Dicadangkan penambahan ruang letak kereta berdekatan disekitar kawasan ini diadakan. Kawasan letak kenderaan sediada yang rosak perlu diperbaiki semula.
 
3.4          Tasik
Terdapat tujuh buah tasik yang saling berdekatan dan menjadi elemen focus yang utama yangmana aktiviti memancing kerap diadakan. Aktiviti air seperti berkayak, paddle boat dicadangkan bagi menarik lebih ramai pengguna di kawasan ini.
 
Kawasan tasik atau ‘water bodies’ menyediakan ‘features’ berikut:-
 
i)          Air Terjun                                            4 buah
ii)         Weir                                                     1 buah
iii)        Water cescade                                  3 buah
v)         2 buah : Refuse Islands
vi)        Pedestrian bridge                             3 buah
vii)       Terraced seating                               2 kawasan
 
 
3.5         Tapak Perkhemahan
Tapak Perkhemahan pula menawarkan aktiviti atau kegiatan berkumpulan.
 
Kemudahan-kemudahan yang disediakan merangkumi :-
 
i)             Lima (5) buah chalet
           - Boleh mengisi seramai 8 orang penginap bagi setiap satu chalet. Chalet yang berkonsepkan ‘budget chalet’ dilengkapi dengan sebuah bilik air / tandas, sebuah bilik stor, almari pakaian, bantal, tilam dan selimut.
Kadar bayaran sewa yang dikenakan ialah RM70.00 sebuah untuk satu malam.
 
 
ii)            Dewan Lambak
            
           -   Merupakan sebuah dewan serbaguna (multi purpose) yang dapat memuatkan seramai 200 orang pengguna. Kemudahan siaraya (P.A. System), pentas, kerusi dan meja disediakan.
 
Kadar bayaran sewa ialah RM100.00 sehari
 
iii)           ‘Barbeque Pit’
 
           -  Sebanyak 5 buah ‘barbeque pit’ iaitu tempat memasak disediakan bagi pengunjung yang gemar menyediakan makanan sendiri.
 
Kadar bayaran sewa ialah RM2.50 seorang
 
 
iv)          Tapak Khemah (Camping site)
          -  Boleh menempatkan 50 buah khemah bagi menampung keperluan pengunjung yang gemar menikmati keindahan alam semulajadi
 
Kadar bayaran dikenakan ialah RM2.50 seorang
 
v)            Trek Hutan (Jungle tracking)
          -  Disediakan bagi pengunjung yang ingin mengalami suasana hutan dilengkapi dengan tumbuh-tumbuhan dan laluan berlukar.
 
Kadar bayaran dikenakan ialah RM2.50 seorang
 
 
vi)          Menara Tinjau
 
          -  Setinggi 50 kaki dibina khusus bagi pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi dari jarak tinggi dan sejauh 5km
 
vii)         Surau
              -  Berbentuk senibina Terengganu yang dapat memuatkan seramai 100 orang jemaah lengkap dengan kemudahan siaraya (P.A. System) dan tempat mengambil wuduk.
 
viii)        Tandas dan Bilik Mandi
 
             -  Bagi lelaki dan perempuan berasingan disediakan secukupnya lengkap dengan kemudahan-kemudahan dalaman.
 
 
3.6         Laman Permainan Kanak-Kanak
 
Laman Permainan Kanak-Kanak atau ‘Children Adventures Park’ Hutan Bandar menjadi daya tarikan utama wargakota untuk beristirehat dan bergembira bersama keluarga pada hujung minggu dan hari-hari cuti.
Pelbagai bentuk permainan yang menggerakkan minda dan fizikal disediakan untuk kanak-kanak pra sekolah hingga ke peringkat remaja.
 
Kawasan rehat yang selesa dikhaskan untuk keluarga sambil memerhati gelagat kanak-kanak yang bermain sambil belajar dalam suasana yang selamat, selesa, ceria dan riang ria.
 
Antara tarikan utama Laman Permainana Kanak-Kanak adalah Kolam mandi untuk kanak-kanak, pagar sesat, mengkarung lompat, kawah pasir, laman netscape dan sebagainya.
 
Selain itu, terdapat juga “Laluan Refleksologi” untuk semua golongan yang ingin mengurut kaki mereka.
 
Sebuah kawasan lapang (padang terbuka) yang dikenali sebagai Laman Hijau disediakan bertujuan untuk pengunjung bersantai dan berkelah. Sekiranya aktiviti Sukan atau Hari Keluarga diadakan, bayaran kerana menggunakan Laman Hijau ini akan dikenakan sebanyak RM100.00 sehari.
 
Sebuah Astaka dibina berhampiran dengan kolam mandi dan Laman Hijau untuk aktiviti persembahan orkestra, Jamuan, Majlis-majlis rasmi dan sebagainya.
 
Bayaran sewa dikenakan sebanyak RM 50.00 sehari untuk penggunaan Astaka tersebut.
 
Aktiviti-aktiviti seperti kumpulan kanak-kanak sekolah boleh dianjurkan di kawasan ini disamping diadakan aktivit-aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan fizikal kanak-kanak sekolah.
 
 
3.7         Taman Orkid 
Taman Orkid dibina bertujuan untuk mempamerkan orkid-orkid asal di kawasan sekitar Negeri Johor.
 
Selain daripada itu Taman Orkid ini dapat mengembalikan semula ungas-ungas, kupu-kupu dan sepsis-spesis fauna yang lain. Taman ini juga mempunyai nilai yang tinggi seperti orkid yang dinamakan pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar boleh dijadikan daya tarikan pelancong dan banyak aktiviti seperti pameran seperti orkid, cara pembiakan, maklumat orkid serta cenderamata yang berkaitan dengan orkid boleh diadakan sebagai kenang-kenangan kepada para pengunjung dan pelancong.
 
3.8         Taman ekologi
Bahagian terakhir fasa pembangunan taman Hutan Bandar adalah Taman ekologi yang menyediakan kemudahan serta mengekalkan semula ungas-ungas, kupu-kupu serta sepsis-sepsis fauna dan flora
 
Aktivit-aktiviti yang dicadangkan adalah berbentuk alam semulajadi dimana pengunjung dapat melihat dan menghayati suasana semulajadi keadaaan asal kehidupan flora dan fauna. Aktiviti-aktiviti seperti laluan denai (Junggle Tracking) dan pemerhatian ungas-ungas adalah disediakan kepada orang ramai dan pengunjung.
 
 
3.9         Pembangunan Rumah Johor
i)             Model
 
Pembangunan rumah Johor dicadangkan bagi memelihara dan mengingati Khazana warisan senibina tempatan. Ia boleh digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengembalikan semua nilai aktiviti masyarakat dan budaya Negeri Johor.
Antara kemudahan yang diadakan adalah seperti ryang pameran, dewan perbagai guna untuk aktiviti pameran, seminar, mesyuarat, majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi.
 
 
3.10    Kemudahan Lain Yang Diperlukan
Bagi menambahkan keindahan kawasan Taman Awam Hutan Bandar, disamping memberi peluang kepada pengunjung untuk berehat, kemudahan-kemudahan berikut juga disediakan :-
 
i)             Perabut Taman (Landscape furnitures)
-           bangku-bangku kayu
-           wakaf-wakaf
-           patil nama pokok
-           papan tanda petunjuk dan arah
-           tong-tong sampah
 
ii)            Landskap Kejur dan Lembut
 
-           Laluan Pejalan Kaki bagi menghubungkan antara satu aktiviti kepada satu aktiviti yang lain.
-           tumbuhan pokok-pokok renek
-           tumbuhan pokok-pokok utama
 
iii)           Lampu Halaman
               -    Diletakkan di beberapa lokasi yang sesuai untuk tujuan keselamatan dan keindahan kawasan di waktu malam.




0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails